|
|
 |
Feb 18, 2005
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Tan Sri Syed Mokhtar Shah Bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan tokoh yang semakin menyinar dalam bidang korporat di Malaysia. Beliau kini berusia 51 tahun dan memulakan kerjayanya di Johor pada awal tahun 90-an. Beliau mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan sebagai pemborong beras dan kini beliau merupakan seorang tokoh korporat bumiputera yang disegani dan berjaya di dalam sektor perladangan, pembangunan hartanah, pembinaan, kejuruteraan, janakuasa, infrastruktur dan pelabuhan.
Beliau merupakan simbol anak Melayu yang berkebolehan di dalam bidang perniagaan (korporat) yang dapat memimpin beberapa konglomerat besar. Kejayaannya dapat dilihat dengan penguasaan sebanyak 90 peratus ke atas Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd pada tahun 1993. Beliau juga telah berjaya mendapat satu projek mega apabila Seaport diberi penyerahan selama 30 tahun untuk membina Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Seaport memiliki 60 peratus daripada projek Pelabuhan Tanjung Pelepas dan menjadikan beliau sebagai pemegang saham yang terbesar. Beliau telah mendapat pujian oleh kerajaan kerana kejayaannya mengendalikan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dimana beliau berjaya menguruskan pelabuhan tersebut menjadi satu pelabuhan yang cergas di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia. PTP berjaya menarik minat syarikat perkapalan Taiwan Evergreen Marine Corporation seperti yang diumumkan akan memindahkan seluruh operasi kontenanya ke Johor daripada Singapura. Ia merupakan satu projek yang akan memacu rencana kerajaan Malaysia untuk membangunkan negara sebagai hak perkapalan yang termaju dirantau ini.
Selain daripada itu, beliau juga merupakan pemegang saham di dalam Malaysia Mining Corporation (MMC) iaitu sebanyak 19.9% melalui syarikat miliknya iaitu Syarikat Impian Teladan Sdn. Bhd. Secara persendirian, Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki SKS Ventures Sdn. Bhd di mana beliau telah diberi tanggungjawab menjalankan projek membina 2100MW tapak 'gas-fired' di Tanjung Bin, Johor. Beliau juga mempunyai kepentingan di dalam PERNAS di mana Tan Sri Syed Mokhtar memiliki 32% saham melalui syarikat Restu Jerneh. Beliau juga turut memiliki kepentingan di dalam Fiamma Holdings Berhad di mana terdapat 18.68% saham diperolehi melalui Syarikat Perdana Padu Sdn. Bhd dan Corak Kukuh Sdn. Bhd miliknya. Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Bina Puri Holdings Berhad di mana beliau merupakan pemegang saham secara individu sebanyak 7.34%. Selain daripada itu, Tan Sri Syed Mokhtar juga mempunyai kepentingan di dalam lain-lain syarikat-syarikat tempatan dan asing di Malaysia.
Terdapat satu lagi projek yang akan menaikkan nama beliau di peringkat antarabangsa iaitu projek Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur yang mana cadangan penubuhan muzium tersebut adalah daripada Perdana Menteri sendiri. Tan Sri Syed Mokhtar juga bertanggungjawab dengan kemasukan pusat membeli-belah Harrods yang terkenal di London ke Malaysia menerusi syarikatnya, Amtek Holdings Bhd. Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai peranan yang penting dalam Yayasan Al - Bukhary iaitu syarikat milik keluarga dimana beliau bertindak sebagai Pengerusi Eksekutif. Menerusi Yayasan Al - Bukhary, beliau telah banyak memberi sumbangan dalam kerja-kerja berkaitan dengan kebajikan sosial Islam dan pembinaan Masjid Al -Bukhary di negeri Kedah.
Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato' Setia mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato'.
Posted at 12:36 am by mdhosni
 |  |  | Syed Ammar Bukhari August 13, 2009 05:01 AM PDT
Dear Sir,
Please visit www.maemaar.org The purpose of establishing MAEMAAR is to begin a noble job for restoration of GOOD,RIGHT and TRUTH S true values.
read more...........
www.maemaar.info
Thanks,
BUKHARI |  |
   |  |  | web design May 22, 2009 10:20 PM PDT
TUHAN SAJA YANG TAHU |  |
  |  |  | cikgu2u.com May 7, 2009 02:02 AM PDT
sekadar melawat
www.cikgu2u.com |  |
  |  |  | web design April 20, 2009 02:58 AM PDT
BEGITU LAH CARA ORANG TAK LUPA DARATAN |  |
  |  |  | Nik Zafri February 23, 2009 07:20 AM PST
Salam sejahtera. Saya dah lama memerhatikan fotopages ini. Saya ingin menafikan kepada tuan puan, saudara saudari semua mengenai khabar angin menyatakan saya mengenali Tuan Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Saya harap selepas ini tiada lagi khabar angin disebarkan selepas ini.
Sekian, wassalaam
Nik Zafri
|  |
  |  |  | sharifah mahani December 14, 2008 10:15 PM PST
Desperate request to see Tan Sri or his PA...ALHAMDULILLAH jika betul rezeki adik beradik boleh ditolong oleh Tan Sri I do hope he will make this miracle happen........especially to me and my daughters..I can be reached at ika_omar1234@yahoo.com or 0163213599 |  |
  |  |  | sharifah mahani December 14, 2008 10:14 PM PST
Alhamdullilah......Amin Ya Rabul 'Allamin...Shukor pada hadrat illahi kerana mencipta saorang insan yang berhati mulia dan berbudi pekerti dan yang penting dapat menolong sesiapa jua meyelesaikan masaalah di dalam dunia ini..semoga Tan Sri murah rezeki sepanjang hayat. |  |
  |  |  | sharifah mahani December 14, 2008 10:05 PM PST
ASSALAMUAALAIKUM....................m honest and sincere for voicing out my plea.....the doors of life seems to close ahead of me.....all doors ........hoping for miracle only.....ika_omar1234@yahoo.com or 0163213599 if u don't publish i can understand cos this is too personal as long as u can convey this to Tan Sri...Tuhan akan berkati pertolongan mu ini...please. |  |
  |  |  | sharifah mahani December 14, 2008 09:54 PM PST
Khabar angin Tan Sri is reacheable........and noted for his generosity....especially towards adik bradik sakampung.....alhamdullillah.....gods willing this miracle will happen to me ....need much help....amin ya rabul allamin.ika_omar1234@yahoo.com or 0163213599 |  |
  |  |  | sharifah mahani December 14, 2008 09:45 PM PST
Desperate request to see Tan Sri or his PA...ALHAMDULILLAH jika betul rezeki adik beradik boleh ditolong oleh Tan Sri I do hope he will make this miracle happen........especially to me and my daughters..I can be reached at ika_omar1234@yahoo.com or 0163213599 |  |
  |  |  | ahmad November 17, 2008 10:05 AM PST
tan sri sya berharap dapat mengikuti tan sri walaupun saya berbeza aliran bisnss..moga allah berikan kejayaan yang sma pada saya spt tan sri amin...ya allah |  |
  |  |  | MOHD ABD SYUKUR BIN CHE ABD AZ November 11, 2008 08:34 PM PST
Assalamualaikum,saya berdoa kpd Allah, semoga Dato sihat wal-afiat.insyallah, saya janji akan mengikut jejak langkah dato menjadi insan berjaya . amin ya ALLAH. |  |
  |  |  | Farn September 25, 2008 09:13 AM PDT
Semoga ALLAH S.W.T melindungi dan memanjangkan umur kamu untuk berjasa pada agama dan bangsa negara. |  |
  |  |  | undisclosed August 8, 2008 12:40 PM PDT
ASSALLAMUALLAIKUM Dato Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary saya di sini ingin mengetahui adakah Albukhary foundation melantik three (3) nominees melalui Electronic Draws.Sila hubungi saya perihal sangat penting +6591064497 harap maklum dan balas hal sangat mustahak terima kasih?Moga ALLAH lanjutkan usia dato dan keluarga serta kejayaan Dato tak akan pupus dari bumi ALLAH amin WASSALLAM? |  |
  |  |  | zackyemo August 6, 2008 07:35 AM PDT
TOKOH TERKAYA
]Mempelajari Prinsip Hidup Tokoh Islam Terkaya Di Malaysia, Syed Mokhtar al-Bukhari
Latar belakang Syed Mokhtar al-Bukhari - Umur - 53 tahun - Pendidikan - SPM - Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau) - Kekayaan - RM1,425 juta - Ke 7 terkaya di Malaysia - Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes) - Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat - Kereta - Proton Perdana - Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji. - Bagaimana sumbangan sosialnya bermula? Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini. 1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan. 2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata. 3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat. 4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal. 5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita. 6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju. 7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain. 8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha. 9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu. 10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?. 11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah. 12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain. 13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah. 14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik. 15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa!.16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa.
Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.30. …..kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun
mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama.
Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.Kepada anak-anak ibu…..” Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan”(Surah Al-Kahfi: Ayat 46)– kesedaran sesaat itu lebih berharga daripada pengalaman yang panjang
|  |
  |  |  | zackyemo August 6, 2008 07:29 AM PDT
saya copy & paste je ni...masa baca, tersentuh dgn kata-kata beliau, harap dapaaat share dgn yg lain...tak ramai jutawan yang macam beliau.kebanyakan kalau da kaya tu nak kaya sorg2. yang lain pi melingkup..dlm politik asyik gaduh tak abis...sikit2 liwat...perangai macam budak kecik.kaum lain tgk kite, gelak beguling2..so marilah kite ubah minda kita...tangan yang memberi lebih baik dr yg menerima...jom same2 jadi jutawan beriman dan bertaqwa...contact me at: ummu_aisyah49@yahoo.com |  |
  |  |  | zackyemo August 6, 2008 07:15 AM PDT

  |  |  | Name Syed AAA July 30, 2008 01:10 AM PDT
No doubt Tan Sri Syed Mokhtar a man full of barakah, his good health and his good fortunes also full of barakah, I salute him for his success, and I knew that he always gives a helping hands to many the unfortunates. May Allah blesses him always for his kind hearted. JAZAKALLAH KHAIR. |  |
  |  |  | Chris July 19, 2008 10:49 AM PDT
Yes, I also know Nik Zafri although I have never before met the guy in person. I know him via his excellent writings in his nikzafri.blogspot.com
I can say one thing about the chap is he's a down to earth guy.
But I do not know if he knows the Tan Sri but I'm sure he's an excellent businessman.
|  |
  |  |  | Name sharifah norziana aljofri June 8, 2008 06:07 AM PDT
Setiap orang yang berjaya bukan kerana pandai tetapi berani dan ingat kepada Allah selalu. Amin
Tel : 013-3936503 |  |
  |  |  | Name sharifah norziana aljofri June 8, 2008 05:58 AM PDT
Askum Tan Sri saya sangat bangga kerana kejayaan yang diperolehi olih Tan Sri dalam perniagaan adalah atas usaha Tan Sri yg tidak pernah mengenal erti susah dalam mengejar kejayaan.Saya juga tengah berusaha sendiri dalam menjalankan perniagaan walau pun tidak mencukupi modal pusingan dalam menjalankan perniagaan, kerana saya orang susah walau bagaimana pun saya suka menjadikan orang seperti Tan Sri sebagai idola dalam menempuh bidang perniagaan.Diharap Tan Sri dapat memberikan tip kepada saya dalam menjalankan perniagaan.T/K semoga Tan Sri keluarga dilindungi Allah yang maha esa. |  |
  |  |  | zam May 10, 2008 12:43 PM PDT
sedekahnya hebat, pasti hebat didikannya |  |
  |  |  | Name May 10, 2008 12:36 PM PDT
yang hebatnya TS, sedekahnya |  |
  |  |  | Kalim March 22, 2008 06:07 AM PDT
salam semua, bukan nak puja..mana boleh puja manusia, semua orang tahu, itu syirik namanya.
Ikut contoh, ada yang lebih baik iaitu Syeikh Abdul Rahman Ibnu Auf r.a. dan Sayyidina Umar r.a. yang direct under supervision Rasulullah S.A.W.
Mengenai minta simpati tu, takda ana ada mention kat sini, tak taula org lain - dalam hati bukan boleh nampak, sebab yg orang suka buat ialah andaian dan sangkaan (zhan) semata-mata.
Syeikh Abd. Rahman Auf tidak pernah minta simpati orang semasa berhijrah ke Madinah tapi berjaya menguasai pasaran di sana walau meninggalkan segala harta di Mekah.
Masalah Tan Sri nak baca atau tidak, itu bukan urusan kita semua, cuma bolehlah kalau takat nak halwa bercakap, byk juga artikel mengenai Tan Sri dan lain-lain tokoh pun tak sempat dia nak baca.
Malah kisah Syeikh Abd Rahman bin Auf r.a. pun jarang yang diketahui orang kecuali kalau disebut..katanya pernah dengar sahaja.. tapi contoh daripadanya tidak pernah kita tahu..jadi kalau takat bercakap sahaja tak guna namanya.
Tan Sri Syed Mokhtar ni, yg takat kita kenal kat Malaysia. Cuma inilah adanya seorang hartawan yang memiliki secebis kecil daripada akhlak Islam yang dicontohi dari tokoh-tokoh Islam terdahulu. Kalau nak banding Tan Sri dengan Syeikh Abdul Rahman, memang tak boleh, jauh bumi dari langit, tapi sekurang-kurangnya pada zaman orang lupa diri dan daratan ni, ada lagi orang kaya seperti ini.
Maaf kalau ada mana-mana yang terasa..cuma sekadar menegur.
Wallahu'alam bissawwab...hanya ada satu Kebenaran - iaitu Allah SWT |  |
  |  |  | sue March 13, 2008 09:52 PM PDT
salam, ha ah tah pape2 diorg nih! agree wif afrizal. nway, always worship Syed Mohktar!! Allah memberinya kekuatan & semangat yg ptt kite contohi. Pastu jgn lebih2 nk minta simpati je.., usahalah sndr pastu tolong anak2 yatim, org melayu..ikut teladan Tan Sri. Kalau mmg kite x mampu,di samping usaha keras tu.. doa byk2 mungkin rezeki ada org tolong. Tapi Allah dh pesan usaha dulu! Paham? |  |
  |  |  | kalim February 12, 2008 01:55 AM PST
ooops sori ler...sepatutnya komen ini ke artikel :
Tidak ada yang mustahil
oleh Nik Zafri.sory yer..termistake
Dari ana
Kalim |  |
  |  |  | kalim February 12, 2008 01:53 AM PST
Ana tak pernah jumpa Tan Sri Syed Mokhtar tapi ana pernah terjumpa dengan Nik - penulis artikel ini. cari jer dlm google atau yahoo atau altavista nama "Nik Zafri" (includ tanda "") - mesti jumper nyer. Ana pernah join satu lecture kat IPTA (tak nak sebut ler), fuuuh..memang klass anak melayu ni (ana bangga)...ana tanya padanya lpas lecture pasal artikel ni, dia tergelak besar katanya dia tak kenal Tan Sri.
Tapi Ana rasa Nik orangnya tak besar diri, dia saja kata tak kenal, sebenarnya kenal...ana respek Nik dan dari sumber yang tak leh dipercayai..hehehe, Nik ni sangat misteri orgnya. Dia tinggal kat Sri Gombak - kalau masuk function, memang dia smart abih..tapi kalau dia balik rumah, dia tukar pakaian biasa dan hanya berjalan kaki ke kedai kopi. dari sinilah ana tahu Nik ni orang yang sangat merendah diri dan rasanya penuh ilmu di dada cuma tak menunjuk. Malah kawan-kawan ana kat sri-gombak terkezut besar/tak caya bila ana beritau Nik ni consultant yg sangat terkenal.
tak hairanlah kalau dia betul kenal dgn tan sri ni...cuma dia jer buat-buat tak kenal..memanglah orang yang merendah diri sahaja yang tahu berkawan dengan orang yang merendah diri yang lain. |  |
  |  |  | Afrizal January 9, 2008 04:23 AM PST
kenapa semua org bagi komen mcm tan sri baca blog ni? maaf kalau silap cakap |  |
  |  |  | Name August 4, 2007 11:01 AM PDT
Dunia sudah lama menanti orang seperti Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari. Sudah tidak ada lagi JIHAD ekonomi yang benar-benar atas dasar yang betul. Lazim nya yang diberi kekayaaan hilang agama, yang dikatankan beragama hilang dunia. Jadi tidak mudah untuk "Balancekan" kedua-duanya. Hanya orang-orang yang mempunyai kekuatan diri serta mampu mentajalikan apa yang ia nampak dan rasa serta mampu melakukan sesuatu dan mencorak akan ekonomi umat Islam. Saya rasa apa yang Tan Sri lalui dan laksanakan bukan satu perjalanan yang mudah. Didalam sistem dunia hari ini, memang kita kena kaya, tapi kaya yang macam mana. Sudah lama umat Islam membaling batu pada orang lain, jarang sekali melihat diri sendiri dan mengurus kehidupan ini dengan bijaksana. Semoga dipanjang kan umur Tan Sri dan teruskan cita-cita yang belum tercapai.
Sekain, wassalam
Abd Rahim Abd Rahman
0199841456 |  |
  |  |  | Siti Aminah Bt. Roslan February 5, 2007 05:24 AM PST
Saya anak jati kedah sebelum ini tak pernah mengenali diri Tan Sri ttp disebabkan ! tugasan yg mesti diselesaikan,saya telah mengenali diri Tan Sri tanpa diduga...Betapa kerdilnya diri ini... saya pelajar UUM semester 2..mencari sedikit masa usahawan-usahawan yg sudi berbicara dan berkongsi cerita.. Betapa berharganya sebuah pertemuan jika Tan Sri sudi menerimanya...Jika semuanya telah tersurat..silalah hubungi saya..walaupun Tan Sri hanya membaca,saya tetap bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih...sekian,asalamualikum..
min_amin_zulaikha@yahoo.com
017-5255720
014-2463610 |  |
  |  |  | Siti Aminah Bt. Roslan February 5, 2007 05:21 AM PST

  |  |  | hambaNya December 14, 2006 09:31 PM PST
alhamdullillah..ade gak lg org melayu yg mulia spt tan sri...moga hidup tan sri & keluarga diberkati olehNya..
*~**remember all the compliments..left the rude remarks.. ^(^0^)^
regards,
InnocenceLost
|  |
  |  |  | cahaya November 7, 2006 03:57 AM PST
assalammulaikum...
sya menyokong cakap tan sri bhwa orang melayu ni cakap jer bertubi2 kononnya nak tolong melayu tapi tolong melayu di sebelah nye bkan di bawahnya..marilah bangsaku..orang melayu yang di namakan melayu...bangun untuk berjuang..boboh tidak semstinya bodoh..dan pandai tak semestinya pandai..orang pijak kepala dibiarkan
orang pijak melayu dibiarkan.. orang pijak agama pun masih senyum lagiey.. itulah orang melayu...mesti best kan melayu jadi melayu.. sya tau anda marah sb kutuk melayu..nak marah,marahlah..tap realiti sbnar ana sendiri yang tahu..
oke..slmt melayu jgn x tau malu sudah.. |  |
  |  |  | Azlan November 6, 2006 07:55 PM PST
piiirahhh .....
dulu aku ada forward surat rasmi atas nama dia, siap dgn approval dari jabatan agama islam untuk collect derma surau kat tmpt aku, sampai sekarang RM10 pun tarak bagi. (dah satu setengah taun dah tungguuu.....)
mungkin hang kaya duit tapi belum tentu kaya jiwa, kalu hang betoi2 kaya jiwa mai sini contact aku, at azlan90@hotmail.com
|  |
  |  |  | muahahah September 7, 2006 10:03 PM PDT
ok latu ada juga rakyat malaysia yang cam ni tida pentingkan nama ,pangkat, ikhlas menolong orang heeeeeee ada lagi ka orang cam ni................. |  |
  |  |  | Name syed hashim August 31, 2006 12:47 AM PDT
assalam-mu-alai-kum ,perjuangan yg habib juangkan betul2 mengentalkan semangat saya lah habib ! saya hanyalah seorang peniaga kecil dri s'pura yg inginkan skali habib memajukan johore betul dgn stail habib kerana saya tengok potensi business kat sana banyak skali lah 'especially' dlm bidang Pengurusan Bangunan ,Service , Contractor Rumah / JalanRaya dlll.Memandangkan banyak saudara saya dri malaysia jadi slalu juga lah pergi ziarah mereka kalau ada waktu .Kalau habib perlukan idea atau kakitangan untuk any projek ,contact lah saya ok , Jazak Kullah Hair .shaija_vision1@yahoo.com.sg |  |
  |  |  | J August 11, 2006 09:32 PM PDT
A'kum,
I realy respect for what ur achieve. because now days most of bumiputra milion/bilion mudah lupa diri (as Dr.M said). Beside u attitude to help and the only 1 bumiputera foundation in Malaysia own totally by u. May Allah Bless u. Beside need some advise from u how u can achieve at this level, eventho i tried so many times to open up a small business also face problem regarding loan from bank, prospel, mara and my things that sometimes i feel give up with this country that never give a support for SME business. Even our goverment support but without any fund how can a dream come thru.. Perhaps Tan Sri will give some advise in order to help me. Do appriciate it so much...
MohdJalil@translink.com.my |  |
  |  |  | J August 11, 2006 09:29 PM PDT

  |  |  | NaMA PUTRAJAYA SERVANT July 27, 2006 01:13 AM PDT
HOPE TAN SRI WILL BE ALWAYS IN ALLAH BLESSING AND CAN KEEP GIVE A CONTRIBUTION IN ISLAM SOCIETY .. HANYALAH ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS BUDI TAN SRI DIATAS APA YG TELAH TAN SRI LAKUKAN UNTUK SAUDARA SESAMA ISLAM .. INSYAALLAH |  |
  |  |  | Mohd Khalid bin Abu July 12, 2006 06:34 AM PDT
assalamualaikum...
Semoga Tan Sri sentiasa dilindunggi Allah dan dapat meneruskan salah satu cabang jihat.Semuga ianya menjadi contoh dan ikutan diatas ketabahannya mempertabatkan agama,bangsa n negara... Ammin.
olidsvr@yahoo.com
019-2635661 |  |
  |  |  | Aziz Saad June 1, 2006 08:07 AM PDT
A'kum. Maaf, I forgot to leave my contact info. If, by the grace of Allah, Tan Sri is interested to know more, my contact details are:
Co.name: Global Odyssey Corpn.
Tel: 03-80701793 or 019-2762228
Email: aziz.saad@goc-sp.com
Website: www.goc-sp.com
May Allah give me the blessing to build a highly successful and admired Muslim based global IT company. |  |
  |  |  | Aziz Saad June 1, 2006 03:37 AM PDT
I started a software house last year specialising in Coporated Management Performance tracking and analysis. The first Malay and Muslim owned company with a vision to go global and become a respected Muslim owned IT company. I am ready to take this product to the global markets. InsyaAllah, Tan Sri Syed Mokhtar might be keen to absorb my company into his stable of companies in order for me to achieve my vision. Wasallam. |  |
  |  |  | The Name U Know January 23, 2006 12:44 AM PST
A'kum semua. Saya doakan agar TanSri dan keluarga sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah. Lahirnya TanSri seperti pembela umat Islam yang di dalam seribu keresahan termasuklah diriku ini. Jika TanSri membaca ini Alhamdulillah. Ku juga berdoa agar sesiapa yang menganiaya namamu akan mendapat balasan dari Allah. Saya tahu hati TanSri bersih dan sentiasa tolong org yg susah akan tetapi saya juga tahu ada org yang menggunakan nama TanSri dan menggunakan kepercayaan yg TanSri beri ke arah yg tidak baik. Namun apa kan daya saya seorang yg biasa tak mampu berbuat apa2 selain berdoa agar TanSri sentiasa dilindungi Allah. cerita ini saya akan sambung di hari yg lain....banyak lagi yg saya hendak ceritakan.
hamba_yg_lemah@yahoo.com |  |
  |  |  | atok December 20, 2005 09:44 AM PST
saya tabik kat tan seri sbb tak sombong. boleh tak pinjam duit tan seri nak start berniaga. aku jual abc aje!x untung banyak ingat nak buka kat bukit jambul. modal tak de, boleh bagi duit sikit tak tan seri alaa tolong ye... minat sangat berniaga ni hantar email kat saya ye tan seri atuk_usm@yahoo.com |  |
  |  |  | ijazahri December 15, 2005 05:05 PM PST
heard that this gentleman going to take over the company i'm working for. tu yg buat search pasal dia. kalo betul lah... cerah mase depan aku.... |  |
  |  |  | Name November 30, 2005 08:07 PM PST
tan sri ni lalu depan aku die senyum .......ok la walaupun die xkenal aku |  |
  |  |  | mohd zaid bin hashim October 20, 2005 11:11 PM PDT
assalamualaikum...
semoga tan sri sentiasa dilindunggi Allah n dapat teruskan perjuangan dlm meningkatkan pembangunan dari segi agama,bangsa n negara...
012-6889425 |  |
  |  |  | milia October 3, 2005 10:24 PM PDT
Semoga sifat yang ada pada Tan Sri tidak berubah dan semoga sihat selalu serta diberkatiNya. |  |
  |  |  | NameSyed sagaff Alhabshi August 14, 2005 09:49 AM PDT
Tan Sri I know him a man down to earth that makes him what he is today and always giving help to others and tuhan sentiasa will take care of him. Amin and doa alway he is in good health for years to come. |  |
|